Soalan-soalan Lazim

1. PENGESAHAN BAKI PINJAMAN/TUNGGAKAN

Penyediaa Surat Pengesahan Baki Pinjaman/Tunggakan akan dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh penerimaan Borang Permohonan. Makluman terus kepada peminjam akan dibuat sekiranya surat berkenaan tidak dapat dikeluarkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

2. PENARIKAN SENARAI HITAM IMIGRESEN

Pembatalan nama dari senarai hitam akan dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja selepas bayaran dan dokumen yang lengkap diterima oleh Unit Senarai Hitam.Peminjam boleh menyemak status pembatalan nama dari senarai hitam melalui Hotline PTPTN ditalian 03-2080 4455 atau melayari laman web PTPTN www.ptptn.gov.my. Semakan juga dibuat melalui lama web Jabatan Imigresen Malaysia di http://sspi2.imi.gov.my.

3. PERMOHONAN SEMULA SALINAN DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMN/PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

Setiap permohonan semula salinan dokumen perjanjian pembiayaan pendidikan PTPTN akan dikenakan caj sebanyak RM90.00 bagi membiayai kos tambahan yang terlibat. Tempoh masa penghantaran borang adalah 7 hari bekerja setelah bayaran dan borang yang lengkap diterima dan akan dihantar menggunakan perkhidmatan kurier ke alamat seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan.

4. PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP

PTPTN akan mengeluarkan Surat Pengesahan baki pinjaman/tertunggak dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan dan akan diposkan ke alamat pemohon untuk tindakan peminjam seterusnya dengan pihak KWSP.